Thursday, October 22, 2009

fakta-fakta H1N1

FAKTA-FAKTA SELESEMA BABI/INFLUENZA A (H1N1)

Fakta-fakta yang perlu di’highlight’ kepada orang ramai

1. Sentiasa menjaga kebersihan diri seperti kerap membasuh tangan dengan air dan sabun bagi mengelak virus yang terlekat pada tangan memasuki badan apabila menyentuh hidung dan mulut.

2. Tangguhkan lawatan ke negara-negara yang dilanda wabak Influenza A (H1N1).

3. Ketahui gejala Influenza A(H1N1) :

  • Demam
  • Batuk
  • Sakit tekak
  • Susah bernafas
  • Sakit badan
  • Sakit kepala

Segera dapatkan rawatan jika anda mengalami gejala ini.

4. Negara yang mempunyai penularan yang tinggi dan berisiko seperti Amerika Syarikat, Melbourne di Australia dan Manila di Filipina, pemeriksaan kesihatan dan suhu badan penumpang dijalankan di pesawat.

5. Apabila batuk atau bersin, kita mesti menutup hidung dan mulut menggunakan tisu atau sapu tangan untuk menghalang titisan cecair pernafasan tersebar ke udara dan menjangkiti orang ramai.

138px-flu_und_legende_color_c1210 PERKARA YANG PERLU DIPATUHI SEMASA MENJALANI KUARANTIN DI RUMAH

1. Anda perlu berada di rumah sepanjang tempoh kuarantin yang ditetapkan(seboleh-bolehnya duduk dalam bilik berasingan dari ahli keluarga yang lain).

2. Anda tidak dibenarkan keluar dari rumah sama ada untuk bertugas, pergi ke sekolah, tuisyen, rumah ibadat, majlis makan, kenduri, membeli-belah dan lain-lain aktiviti atau mana-mana tempat awam.

3. Amalkan kebersihan diri :

  • Tutup mulut dan hidung dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
  • Kerap membasuh tangan dengan air dan sabun terutama selepas batuk atau bersin. Basuh tangan selepas menyentuh hidung, mulut dan mata anda.
  • Elakkan berkongsi peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan lain-lain. Sebaik-baiknya gunakan tandas yang berasingan.
  • Pastikan pengudaraan yang baik di dalam rumah.
  • Permukaan objek seperti lantai dan meja yang mencemar oleh cecair hidung atau mulut perlu dibersihkan. Gunakan bahan cucian berasaskan klorin.

4. Jika anda demam, batuk dan mengalami gejala-gejala selesema dan perlu berhubung dengan orang lain, gunakan penutup mulut dan hidung (mask).

5. Kurangkan pertemuan dengan rakan atau saudara- mara danb elakkan dari hadir di tempat awam.

6. Pantau suhu badan (demam) dan tanda-tanda jangkitan setipa hari sepanjang tempoh kuarantin.

7. Dapatkan bantuan saudara mara atau rakan bagi memperolehi keperluan harian jika tinggal bersendirian.

8. Catatkan nama, nombor telefon dan alamat saudara-mara, rakan atau mereka yang mengunjungi rumah anda.

9. SEGERA hubungi Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan sekiranya mengalami demam panas atau gejala-gejala lain penyakit.

10. Ikuti perkembangan semasa mengenai penyakit ini dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, radio, TV dan akhbar.

No comments:

Post a Comment