Sunday, November 8, 2009

Monday, November 2, 2009

10 pesanan imam shafie

PESANAN IMAM SHAFIE YANG PERLU DIIKUTI
Jun 30, 2007 oleh khairole
Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:
Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.
Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH
Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.
Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.
Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.
Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.
Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.
Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Dikirim dalam Kata-Kata Hikmah 8 komen
8 Respons
di Januari 14, 2008 pada 7:07 pm musahmadm
keep on doing good things,,allhamdulillah
di September 11, 2008 pada 5:48 pm Qina Shatura
Kadang kala orang yang tinggi agamanya lebih cepat tergelecek dari sirat agama…ingatan dr Imam Shapie ini amat berguna untuk direnungi sedalam2nya..
di Disember 26, 2008 pada 2:58 pm Asyraf
Alhamdulillah,Laman web ini amat berguna sekali, saya doakan semoga anda diberi ‘Inayah dan Hidayah-Nya dalam meneruskan amanah yang diwajibkan ke atas setiap makhluk-Nya ini.
Semoga kita digolongkan dari kalangan orang-orang yang Soleh dan diredhai-Nya.
di Mac 21, 2009 pada 8:34 pm #syafikah*
semoga kita boleh Perbaiki kesilapan lalu dan bertaubat kepada-NYA. Bersama-samalah kita berdoa mengharapkan rahmat dari Allah S.W.T .pEsana ini sangat berguna buat semua.
di Jun 28, 2009 pada 11:05 am ukhtisoghir
moga2 hati kita tpaut pd fisabillillah
di Julai 23, 2009 pada 12:43 am bidin
alhmdlh………..moga hdp mu di berkati allah……….
di Ogos 10, 2009 pada 3:49 pm shima
alhmdllh laman ini btl2 mnyentuh ati..
di September 25, 2009 pada 8:26 am Anuar
Subhanallah…betapa sayu bila baca artikel ni. Begitu banyak yang belum dipersiapkan untuk menghadapi semua ini. Namun, masih ada lagi segelintir umat Muhammad yang begitu leka dengan nikmat dunia semata-mata.